RANTAU PANJANG - Semua produk makanan yang diimport dari Thailand sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetap diperiksa dengan teliti bagi memastikan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pengimportan produk makanan diteruskan bagi memastikan bekalan mencukupi.
"Bagaimanapun, jumlah import barangan makanan terutama sayur-sayuran menunjukkan penurunan berbanding tahun-tahun sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan bagi meninjau gerak kerja mengimport bekalan makanan yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini semalam.
Hadir sama, Pengarah Maqis Kelantan, Mohd Azam Yahya.
Che Abdullah berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan penurunan jumlah sayuran import berpunca daripada tindakan masyarakat yang lebih memberi keutamaan kepada barangan asas lain.Katanya, walaupun berdepan kesukaran sepanjang perlaksanaan PKP terutama dalam aspek pengedaran namun gerak kerja tetap berjalan dengan baik.
"Saya berpuas hati dengan situasi ini kerana semua yang terlibat mematuhi PKP.
"Situasi ini cukup melegakan sekali gus membantu kerajaan memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19),” kata beliau.
Mengulas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini, Che Abdullah berkata, proses mengimport bahan mentah dari negara itu bergantung kepada permintaan.
Katanya, jika permintaan tinggi kerajaan akan menaikkan lagi jumlah import bagi memenuhi keperluan orang ramai.
KAPSYEN:
Che Abdullah (dua dari kiri) memeriksa sayuran yang diimport dari Thailand sambil diperhatikan oleh anggota Maqis.