Kematian Koperal Safwan : Pemandu direman 4 hari

Iklan
Fadzil Ahmat

KAJANG - Polis menahan reman empat hari ke atas seorang pemandu Toyota Hilux yang melanggar sekatan jalan raya Op Covid-19 berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis semalam.

Tempoh reman suspek lelaki tempatan berusia 44 tahun itu bermula semalam sehingga Rabu ini.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Polis maut dirempuh pemandu mabuk ketika SJR

"Siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabkan kematian dalam kes terbabit.

Iklan

"Selain itu, suspek turut akan disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Fadzil berkata, permohonan bagi menyambung tempoh reman akan dipohon sekiranya perlu.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah

Iklan

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda dipandu suspek yang disyaki di bawah pengaruh alkohol.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Ipoh, Perak.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Koperal Safwan selamat dikebumi dengan istiadat polis