Covid-19: Jepun lanjut darurat sehingga 31 Mei

Iklan
Jepun memutuskan untuk melanjutkan tempoh darurat di seluruh negara sehingga 31 Mei bagi mengekang penularan wabak Covid-19. - Foto: AFP

ANKARA - Jepun memutuskan untuk melanjutkan tempoh darurat di seluruh negara sehingga 31 Mei bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu memetik Kyodo News.

Kerajaan telah memaklumkan kepada parlimen berhubung rancangan itu selepas mendapat persetujuan panel penasihat pakar perubatan.

Iklan
Iklan

Perkara itu mungkin akan diumumkan Perdana Menteri Shinzo Abe hari ini dalam satu sidang media yang dijangka diadakan 6 petang waktu tempatan (0900GMT).

Namun, Jepun dijangka melonggarkan sekatan kegiatan sosial dan ekonomi di beberapa wilayah.

Iklan

Negara itu sebelum ini mengisytiharkan darurat pada 7 April.

Jepun setakat ini mengesahkan lebih 15,000 kes dengan kira-kira 550 kematian, menurut Kyodo News.-Bernama

Iklan