Covid-19: Malaysia turut nikmati pakej 'Team Europe'

Iklan
Team Europe bantu sediakan makanan, air atau penjagaan kesihatan asas kepada golongan miskin bandar, pekerja migran, komuniti orang asli, pelarian, orang tanpa kewarganegaraan dan wanita, kanak-kanak serta orang kurang upaya. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Pakej 'Team Europe' Kesatuan Eropah (EU) bernilai lebih €20 bilion untuk menyokong negara rakan dalam memerangi koronavirus (Covid-19), turut memberi manfaat kepada golongan memerlukan di Malaysia.

Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia, Maria Castillo Fernandez berkata, di Malaysia, Team Europe membantu menyediakan makanan, air atau penjagaan kesihatan asas antaranya kepada golongan miskin bandar, pekerja migran, komuniti orang asli, pelarian, orang tanpa kewarganegaraan dan wanita, kanak-kanak serta orang kurang upaya.

Iklan
Iklan

Pakej itu dilancarkan pada 8 April, antara lain bertujuan menumpukan kepada golongan paling berisiko di Afrika, negara jiran EU, Timur Tengah dan Afrika Utara, Asia dan Pasifik, Amerika Latin dan Caribbean.

Sementara itu, Fernandez berkata, di bawah Inisiatif Spotlight, EU dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengutamakan aktiviti mencegah keganasan rumah tangga di 24 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Iklan

"Lebih 14 juta euro dikhaskan untuk usaha ini," katanya kepada Bernama sambil menambah wabak Covid-19 meningkatkan risiko keganasan terhadap wanita dan remaja perempuan.

Selain itu, kata Fernandez, negara anggota juga saling membantu antara satu sama lain dalam menghadapi saat mencabar ini.

Iklan

Denmark misalnya menghantar alat bantuan pernafasan dan hospital bergerak ke Itali, antara negara yang paling teruk terjejas sementara Romania menghantar pasukan doktor serta jururawat.

Fernandez menambah, EU akan mengadakan persidangan dalam talian pada 4 Mei untuk mereka yang berhasrat membiayai penghasilan vaksin Covid-19 dengan bekerjasama rapat bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia. - Bernama