Ubah lorong punca pekerja swasta maut

Iklan
Nor Omar

MANJUNG - Seorang pekerja swasta maut apabila motosikal ditungganginya terlibat kemalangan dengan sebuah skuter yang dipercayai mengubah lorong secara tiba-tiba di Jalan Kampung Cina-Seri Manjung di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.25 petang itu, mangsa, Amirul Aliff Aris, 30, yang menunggang motosikal jenis Honda AFP 110 MCRE disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, remaja lelaki berusia 18 tahun yang menunggang skuter jenis Modenas Karisma cedera di bahagian kaki dan tangan kiri.

"Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa menunggang di laluan sama menghala Seri Manjung.

Iklan

"Tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa bergesel dengan skuter yang dipercayai telah mengubah lorong dari kanan ke kiri secara mengejut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pergeselan itu menyebabkan kedua-dua penunggang terjatuh dan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala.

Iklan

"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Seri Manjung dan saringan awal menunjukkan tiada unsur Covid-19.

"Siasatan lanjut diteruskan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.