Gelandangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Iklan
Pihak penguat kuasa berusaha memujuk gelandangan menerusi operasi khas sekitar Pelabuhan Klang baru-baru ini.

MASALAH gelandangan adalah masalah sejagat. Negara maju seperti Amerika Syarikat juga mempunyai gelandangan.

Sejak dikeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid-19, seramai 864 gelandangan diselamatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Iklan
Iklan

Mereka ditempatkan di 12 pusat komuniti dan dewan serbaguna yang dijadikan penempatan sementara.

Gelandangan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu penagih dadah, pesakit mental, pekerja yang tiada tempat tinggal dan juga penganggur yang tiada kediaman.

Iklan

Dalam keadaan negara dilanda wabak Covid-19, golongan gelandangan mempunyai risiko tinggi terdedah kepada virus yang berbahaya itu.

Bandar Kota Bharu juga mempunyai gelandangan walaupun tidak seramai di negeri-negeri lain.

Iklan

Golongan gelandangan itu tinggal dan tidur di wakaf-wakaf, terutamanya di sekitar pasar besar Siti Khadijah serta sekitar kedai-kedai dan masjid-masjid.

Ada yang menetap tetap di wakaf tertentu dan ada juga yang berpindah randah.

Sebahagian gelandangan di Kuala Lumpur yang ditempatkan di Pusat Komuniti Sentul Perdana.

Sekumpulan NGO yang prihatin seperti Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik (YKKK), Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) Cawangan Kelantan, Kelab Sukarelawan (Volunteer I Care), Persatuan Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (PTU) dan Puspanita Cawangan Kelantan telah berganding bahu untuk membantu golongan gelandangan itu.

Berdasarkan pengalaman gabungan NGO itu yang telah memberi makanan kepada mereka sejak bermulanya PKP, terdapat lebih kurang 30 gelandangan yang perlu diberi perhatian, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan.

Pada tahun-tahun sebelum ini, mereka akan ke program iftar di masjid-masjid untuk berbuka puas, namun dengan pelaksanaan PKP, tiada iftar di surau atau masjid dan itu menyukarkan mereka untuk berbuka puasa dan beribadah.

Usaha gabungan NGO tersebut juga mendapat kerjasama penuh daripada kerajaan negeri Kelantan dan juga Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).

Mereka turut dijemput dalam mesyuarat rasmi bersama Majlis Keselamatan Negara dan agensi-agensi Persekutuan dan negeri yang lain bagi menyelesaikan masalah gelandangan.

Bantu

Istimewa bagi golongan gelandangan itu, bagi yang lelaki, mereka akan ditempatkan di Min House Camp, tempat peranginan agro di Kubang Kerian yang menjadi pilihan pelancong tempatan dan luar negara.

Penempatan sementara mereka umpama percutian mewah dengan bilik bersebelahan sungai. Terima kasih kepada Kak Yah yang merupakan pemilik Min House Camp. Makan dan minum pula ditanggung sepenuhnya Maik.

Gelandangan wanita pula ditempatkan di asrama bangunan wakaf Maik yang diuruskan oleh badan Jameiah Al-Asriah yang dipengerusikan oleh Datuk Pengarah Jaheaik. Makan dan minum mereka juga ditanggung Maik.

Semua pihak seharusnya mengambil peranan dalam membantu golongan gelandangan. Kami percaya bahawa mereka yang tinggal di jalanan mempunyai hak untuk hidup selesa seperti orang lain.

Selain bantuan makanan, pakaian dan ubat-ubatan yang disediakan oleh beberapa NGO yang bersimpati, kita perlu memikirkan perancangan jangka panjang buat mereka.

Perkara yang paling penting dalam menangani isu gelandangan dari akar umbi adalah peranan yang dimainkan oleh keluarga.

Jika setiap keluarga memainkan peranan mereka dengan sebaik mungkin dan menyediakan sokongan yang diperlukan, tiadalah masalah orang yang disisihkan oleh keluarga atau masyarakat hingga hidup sebagai gelandangan.

Mungkin ada segelintir kecil yang sememangnya suka hidup di jalanan tapi bilangan mereka sangat sedikit.

* Dr Johari Yap ialah Naib Presiden Macma Malaysia dan Pengerusi Macma Kelantan