10 penagih dicekup dalam Ops Covid-19

Iklan
Kesemua penagih ditahan di Mak Mandin, Butterworth dalam operasi pagi semalam.

BUTTERWORTH - Seramai 10 penagih dadah ditahan dalam Ops Covid-19 di kawasan Rumah Pangsa Hijau Mak Mandin di sini pagi semalam.

Dalam operasi bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu, kesemua penagih yang tidak bekerja itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara (SPU).

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, polis menemui dadah disyaki jenis heroin, ganja dan syabu pada empat suspek yang ditahan.

Iklan
Pelbagai jenis dadah bernilai RM8,000 dirampas daripada empat daripada 10 suspek.

"Polis menemui 128 gram heroin, 7 gram syabu dan 10 gram ganja pada empat daripada 10 yang ditahan itu. Kesemua dadah bernilai RM8,000 itu untuk dijual selain kegunaan sendiri.

"Ujian saringan air kencing kesemua suspek positif dadah dan mereka direman tujuh hari sehingga 11 Mei ini untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B; Seksyen 39A(2), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.