Terowong 120 tahun ditemui di bawah rumah

Iklan
Jake menjumpai terowong rahsia di bawah rumahnya. - Foto Mirror

PLYMOUTH - Seorang lelaki menemui terowong rahsia berusia 120 tahun di bawah rumahnya yang dibeli di Devon, England.

Menurut Mirror, Jake Brown itu membeli rumah berkenaan sebelum menyedari struktur dindingnya berbeza.

Iklan
Iklan

Beliau kemudiannya membuka ruang di sebalik dinding berkenaan kerana curiga dengan keadaan itu dan terkejut apabila mendapati terdapat satu ruang luas di bawah rumah itu selain menemui beberapa barang di kawasan tersebut.

Keratan surat khabar yang dijumpai jake. - Foto Mirror

Antara barangan tersebut ialah tin cat, senaskhah surat khabar dan beberapa bukti menunjukkan terowong berkenaan telah tertutup selama lebih 50 tahun.

Iklan

Turut dijumpai beberapa barangan dari era terdahulu seperti basikal lama dan beberapa botol tahun 1900.

Jake berkata, beliau teruja dengan penemuan itu dan menghubungi sejarawan tempatan, Richard Fisher untuk meminta bimbingan pakar berkenaan.

Iklan
Basikal lama yang dijumpai Jake. - Foto Mirror