Indonesia hasilkan durian tanpa duri

Iklan
Durian tanpa duri didakwa mempunyai rasa yang sama, bahkan lebih manis berbanding durian yang lain tetapi isinya sedikit nipis. - Foto Mashable

TRENGGALUH - Sekumpulan penyelidik pertanian di Indonesia mendedahkan kejayaan mereka menanam pokok durian yang menghasilkan buah tidak berduri.

Ketua Pemeriksaan dan Perakuan Benih wilayah barat Nusa Tenggara, Maisin berkata, beliau berasa lega kerana orang ramai tidak lagi menganggap durian botak sebagai satu khabar angin.

Iklan
Iklan

"Tanpa ‘perisai’ tajam, durian ini lebih mudah dibuka. Ia mempunyai rasa yang sama, bahkan lebih manis berbanding durian yang lain tetapi isinya sedikit nipis," katanya.

Menurut portal Mashable, pokok tersebut mula ditanam pada 2007 di Kampung Trenggaluh berdekatan Gunung Rinjani, iaitu sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lombok, Indonesia.

Iklan

Sampel daripada pokok durian yang menghasilkan buah tidak berduri itu telah diambil oleh pengkaji pertanian tempatan dari sana.

Pemilik pokok berkenaan pada awalnya ragu-ragu dengan tumbuhan tersebut dan menyangka ia beracun, namun anak lelaki pemilik pokok tersebut telah mencuba durian itu dan mendapati rasanya serupa dengan spesies durian lain.

Iklan

Biji buah itu kemudiannya digunakan untuk membiakkan lebih banyak durian tidak berduri.

Bagaimanapun Maisin menjelaskan, hanya dua peratus daripada biji benih itu berbunga dan menghasilkan buah.

Mereka menamakan ia buah durian gundul.