Menteri Perdagangan APEC bekerjasama perangi Covid-19

Iklan

KUALA LUMPUR - Menteri-menteri bertanggungjawab bagi perdagangan di bawah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mengesahkan komitmen mereka mengenai kepentingan kerjasama di semua peringkat merentas rantau ini untuk mempercepatkan perang melawan koronavirus (Covid-19).

Mereka juga komited untuk bekerjasama rapat dalam menangani segera pandemik itu.

Iklan
Iklan

Justeru, mereka telah berikrar untuk memudahkan aliran barang dan perkhidmatan penting yang diperlukan termasuk ubat-ubatan, bekalan dan peralatan perubatan, produk pertanian dan makanan serta bekalan lain untuk merentas sempadan, di samping meminimumkan gangguan rantaian bekalan global.

"Kami akan memastikan rangkaian perdagangan terus dibuka dan meneroka kaedah memudahkan pergerakan rakyat untuk merentas sempadan tanpa mengganggu-gugat usaha mengekang penyebaran virus itu.

Iklan

"Kami akan bekerjasama erat untuk mengenal pasti dan menyelesaikan sebarang halangan perdagangan tidak perlu,” kata mereka dalam kenyataan bersama hari ini.

Mereka juga mengakui bahawa ekonomi APEC mungkin perlu mewujudkan langkah kecemasan untuk menangani cabaran Covid-19 yang harus disasarkan, berkadar, telus dan sementara di samping tidak mencetuskan halangan perdagangan tidak perlu dan kekal konsisten dengan peraturan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Iklan

"Kami sedar komuniti kita terjejas akibat kelembapan ekonomi ketika ini.

"Justeru kami mengakui keperluan memberitahu sebarang langkah yang sejajar dengan peraturan sedia ada WTO dan menggalakkan ekonomi untuk bertindak segera dalam memberikan akses kepada perkhidmatan kesihatan utama tepat pada masanya dan melaksanakan langkah meningkatkan sistem penjagaan kesihatan yang berdaya tahan, berskala dan mampan,” kata mereka.

Menteri-menteri perdagangan APEC berkata, mereka telah mengarahkan para pegawai kanan untuk membangunkan pendekatan selaras bagi mengumpul dan berkongsi maklumat mengenai dasar dan kaedah, antaranya pakej rangsangan sebagai maklum balas pantas terhadap krisis ekonomi dan pakej pemulihan jangka panjang untuk membantu menangani cabaran ekonomi akibat pandemik itu.

Jelas mereka, usaha-usaha itu perlu mempertimbangkan saranan daripada Majlis Penasihat Perniagaan APEC berikutan perkongsian maklumat itu akan memastikan pengukuhan dan pembelajaran daripada satu ekonomi dapat diterjemahkan menjadi amalan terbaik di wilayah ini secara keseluruhannya. - Bernama