Curi angsa hitam di taman rekreasi untuk jadikan sup

Iklan
Wu (kanan) menunjukkan sebuah periuk berisi sup angsa yang sudah dimakan separuh di dapur rumahnya.

BEIJING - Seorang lelaki ditahan selepas bertindak mencuri seekor angsa hitam dari sebuah taman dan menjadikannya hidangan makan malam baru-baru ini, lapor Mirror.

Kegiatan lelaki itu terbongkar selepas pekerja Taman Tasik Cui yang berada di Jinhua, timur China itu mengesan seekor daripada empat angsa hitam yang ditempatkan selama hampir empat tahun di situ hilang dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

Polis kemudian menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan berjaya mengesan lelaki terbabit yang dikenali sebagai Wu, mengetuk angsa itu menggunakan kayu hingga pengsan sebelum terburu-buru meninggalkan taman itu dengan tongkat kayu dan beg merah.

Ketika diserbu, polis menemui sebuah periuk berisi sup angsa yang telah dimakan separuh di dapur rumah lelaki terbabit.

Iklan

Wu mendakwa, dia menyerang angsa itu untuk mempertahankan diri ketika haiwan tersebut mematuknya apabila dia mengusiknya dengan belantan.

Katanya, dia membawa isteri dan anak-anaknya ke taman itu pada sebelah petang dan mendakwa dia kecewa kerana dipatuk oleh angsa itu.

Iklan

Dilaporkan, Wu sempat memberitahu kepada pihak polis bahawa daging angsa itu tidak sedap dimakan tetapi mempunyai bau yang sangat enak.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada dia akan berdepan sebarang tuduhan atau sebaliknya. - Agensi