Permintaan ikan kering, bekok turun mendadak

Iklan
Walaupun Covid-19 dan PKP meninggalkan kesan mendalam namun Siti Khadijah (kanan) tetap bersyukur dapat meneruskan perusahaan dalam skala yang kecil.

PASIR PUTEH - Pengusaha ikan kering dan ikan bekok di sekitar Kampung Pachakan kini sukar memasarkan berdepan produk mereka sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac.

Seorang pengusaha, Siti Khadijah Bakar, 34, berkata, permintaan ikan kering dan ikan bekok yang diusahakannya itu turun mendadak apabila peraih tidak datang untuk mendapatkan bekalan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, stok ikan yang banyak untuk dipasarkan ke seluruh negara disimpan di dalam peti sejuk bagi mengelakkan berlaku kerosakan.

"Sekarang saya hanya menjual secara runcit kepada penduduk setempat serta peraih di sekitar Pasir Puteh," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Berkongsi pendapatannya, Siti Khadijah berkata, beliau bersyukur kerana masih dapat meneruskan perusahaan dalam skala kecil walaupun Covid-19 dan PKP meninggalkan kesan mendalam namun dia tetap bersyukur dapat meneruskan perusahaan dalam skala yang kecil.

Siti Khadijah (kanan) bersama pekerjanya menunjukkan ikan kering dan bekok yang diusahakan mereka di Kampung Pachakan.

Siti Khadijah yang sudah tujuh tahun terlibat dalam perusahaan itu berkata, usahanya itu mampu membantu meringankan beban pekerjanya yang terjejas kesan penularan Covid-19 dan PKP.

Iklan

"Jika sebelum ini kami bekerja setiap hari namun kini hanya dua hari dalam seminggu kerana permintaan berkurangan dan peraih dari luar Kelantan tidak dapat datang mengambil bekalan," katanya.

Menurutnya, setiap kali menjelang Ramadan beliau dan pekerja tidak menang tangan kerana permintaan meningkat berbanding hari biasa.

"Bukan itu sahaja kebanyakan pembeli menjadikan ikan kering sebagai stok untuk majlis kenduri selepas sambutan Aidilfitri selain dibawa pulang ke luar Kelantan," katanya.

Siti Khadijah berkata, antara jenis ikan kering dan ikan bekok yang dijual ialah gelama, talam, cencaru dan tambang.