MELAKA TENGAH – Keputusan kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) tidak perlu dibawa ke Parlimen.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, persoalan membawa keputusan itu ke Parlimen tidak seharusnya dibangkitkan kerana ia dipersetujui pada mesyuarat Kabinet semalam dan kenyataan mengenainya turut dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.
"Tempat yang terbaik bagi kerajaan buat keputusan adalah di mesyuarat Kabinet, jadi tidak timbul isu ini dibawa ke Parlimen. Dulu mereka (pembangkang) minta supaya kerajaan buat keputusan mengenai isu ICERD dan sekarang mereka pula persoalkan perkara ini.
"Apa sebenarnya yang mereka inginkan? Adakah mereka sengaja heret perkara ini untuk dijadikan sebagai isu politik,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Angkatan Wanita Amanah Nasional (Awan) di Ayer Keroh di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Menteri juga Pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahari dan Ketua Awan, Dr Siti Mariah Mahmud.
Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata bahawa keputusan kerajaan itu tidak mengikut formaliti pentadbiran yang menurutnya perlu dibawa ke Parlimen. - Bernama