Cuaca panas tarik minat ular masuk rumah

Iklan
Nik Mohd Nor (dua dari kanan) bersama anggota APM menunjukkan salah seekor ular sawa yang berjaya ditangkap yang dikesan sebagai spesies paling banyak memasuki rumah penduduk.

PASIR PUTEH - Cuaca panas yang melanda ketika ini menarik minat reptilia berbisa seperti ular untuk keluar dari sarangnya dan mencari lokasi baharu untuk berteduh.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, reptilia berbisa itu menjadikan kawasan kediaman sebagai tempat persinggahan buat sementara waktu kerana ia lebih sejuk berbanding habitat asal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepanjang tempoh Mac hingga April, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan dengan ular secara puratanya sekitar tiga kes sehari.

"Sebanyak 109 ekor ular telah berjaya ditangkap oleh APM dan daripada jumlah tersebut jenis ular yang paling banyak ditangkap ialah dari jenis sawa, senduk dan tedung senduk," katanya.

Iklan

Selain spesies itu katanya, ular daun, kapak dan katam belang turut ditangkap sepanjang tempoh dua bulan itu.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat sentiasa berwaspada dan membersihkan kawasan persekitaran bagi mengelak kehadiran 'tetamu tidak diundang' itu.

Iklan

Nik Mohd Nor turut mengingatkan orang ramai supaya tidak panik sekiranya berdepan dengan reptilia tersebut yang berada didapati berada dalam kediaman mereka sebaliknya terus menghubungi talian 999 untuk bantuan.

"Tolong, jangan bertindak sendiri kerana dikhuatiri boleh mendatangkan kecederaan kepada anda," katanya.