SUBANG - Anggota bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga Myanmar yang terjun ke dalam sungai di Jalan Lapangan Terbang Subang malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian.