KPT hantar pulang 2,897 pelajar IPT hari ini

Iklan
KPT akan menghantar pulang seramai 2,897 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta ke kampung halaman masing-masing bermula hari ini. GAMBAR HIASAN -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menghantar pulang seramai 2,897 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta ke kampung halaman masing-masing bermula hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak lapan penerbangan telah dijadualkan untuk menghantar pulang 2,297 pelajar melibatkan pelajar dari semenanjung ke Sarawak dan Sabah.

Iklan
Iklan

"Selain itu, ia turut melibatkan pelajar dari Sabah ke Sarawak dan juga dari Sarawak ke Kuala Lumpur.

"Ia melibatkan satu penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Antarabangsa Kuching (KIA), dua penerbangan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), dua penerbangan dari KKIA ke KIA dan tiga penerbangan dari KIA ke KLIA,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Iklan
Iklan

AKAN MENYUSUL