PUTRAJAYA - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih terus membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) walaupun sekatan jalan raya telah dikurangkan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, fokus kedua-dua pasukan keselamatan lebih menjurus ke arah penguatkuasaan pematuhan dari segi prosedur operasi standard (SOP) dan pematuhan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).