Boleh ubah suai rumah sepanjang PKPB

Iklan
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Pemilik kediaman yang mahu melakukan kerja-kerja ubahsuai rumah mereka dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun berlaku sedikit kekeliruan melibatkan kondominium berstrata yang hanya membenarkan penyewa sahaja untuk berbuat demikian.

Iklan
Iklan

"Sepatutnya pemilik (owner) juga dibenarkan dan saya sendiri turut mendapat aduan daripada pemilik berhubung perkara ini kerana mereka tidak dibenarkan membuat ubai suai kediaman.

"Jadi kekeliruan seperti ini akan kita selesaikan termasuk perkara melibatkan utiliti seperti paip pecah, kerosakan lampu dan perlu dibaiki pulih, kita benarkan,” katanya ketika menjawab soalan pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu, kerja-kerja baik pulih melibatkan utiliti tidak pernah disekat malah pengguna yang berdepan masalah kemudahan internet dibenarkan melakukan kerja-kerja baik pulih.

"Cuma saya difahamkan dalam peraturan yang dikeluarkan hanya tertakluk kepada penyewa tetapi sebenarnya ada juga pemilik sendiri yang menginap di kondominium mereka," katanya.

Iklan