Azmin minta Kit Siang 'penjarakan politik'

Iklan
MOHAMED AZMIN dan LIM KIT SIANG

SHAH ALAM - Menteri Kanan (Ekonomi) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencadangkan agar ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang mengamalkan 'penjarakan politik' dan penjarakan sosial ketika ini.

Azmin berkata demikian setelah Kit Siang membidasnya dengan mendakwa Menteri Kanan (Ekonomi) itu cuba mengugut negeri dengan tindakan undang-undang dalam kes pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Iklan
Iklan

"Kit Siang patut berhenti politikkan semua benda terutamanya ketika negara ini perlu dibina semula. Amalkan sedikit penjarakan politik juga,” katanya menerusi Twitternya sebentar tadi.

Sebelum itu, Kit Siang menganggap kenyataan Azmin bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap negeri yang tidak membuka kembali ekonominya sebagai 'ancaman' dan bukan peringatan.

Iklan

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam kenyataan hari ini turut menyifatkan kenyataan Azmin sebagai penjelasan yang menyedihkan!

Kit Siang berkata, 'peringatan' Menteri Kanan (Ekonomi) itu 'sangat tidak normal' dan menyifatkan Azmin meninggalkan 'bad taste' terhadap hubungan Pusat dan negeri.

Iklan

Katanya, beliau juga mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin campur tangan.