Infak al-Quran beri harapan baharu buat penerima

Iklan
Wakil Rumah Ngaji Perak, Latipah Mohammad mengagihkan naskhah al-Quran yang diinfakkan penyumbang kepada penerima memerlukan di sini.

IPOH -"Saya tak fasih membaca al-Quran, saya harap ibadah saya diterima ALLAH walau dengan membaca terjemahan."

Itu antara reaksi penerima program infak al-Quran yang digerakkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) di sini.

Iklan
Iklan

Perkara itu dikongsi Penyelaras Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina Noor Shah dalam misi penyerahan sumbangan berkenaan kepada penduduk di beberapa lokasi penempatan di sekitar Ipoh.

Noor Mazlina berkata, ada kalangan penerima yang sebak dan menangis sebaik menerima naskhah al-Quran itu.

Iklan

"Al-Quran ini kita agihkan kepada orang ramai yang benar-benar memerlukan, ada antara mereka yang langsung tiada naskhah al-Quran di rumah, jika ada pun sudah lusuh dan lama.

Wakil Rumah Ngaji Perak, Latipah Mohammad mengagihkan naskhah al-Quran yang diinfakkan penyumbang kepada penerima memerlukan di sini.

"Paling saya terkesan apabila ada yang tidak fasih membaca al-Quran, jadi mereka mohon al-Quran terjemahan dengan harapan sekurang-kurangnya boleh membaca terjemahan itu," katanya.

Iklan

Beliau berkata, buat masa ini, Rumah Ngaji Perak menerima 300 naskhah hasil keprihatinan penyumbang yang menginfakkan al-Quran

Katanya, sebahagian sumbangan itu telah diagihkan kepada penduduk di Taman Perpaduan, Flat Bercham dan Kampung Sri Klebang.

"Kita harap, usaha kecil ini menjadi titik tolak kepada semua penerima untuk membudayakan amalan membaca al-Quran di rumah masing-masing," katanya.