Lima pusat kuarantin Covid-19 di Kedah ditutup

Iklan
Adnan Abd Wahab, bersama isteri Nur Izyani Johari, dan tujuh anak, yang berumur antara satu hingga 13 tahun, keluar dari pusat kuarantin di Hotel Seri Malaysia setelah menjalani kuarantin wajib selama 14 hari selepas pulang dari Thailand. -Foto Bernama

ALOR SETAR - Lima pusat kuarantin koronavirus (Covid-19) di Kedah yang dibuka sejak 21 Mac lepas telah ditutup selepas 411 individu yang ditempatkan di semua pusat itu selesai menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata, hari ini seramai 18 individu daripada kumpulan terakhir yang ditempatkan di Hotel Seri Malaysia di sini dan Institut Aminuddin Baki (IAB), Jitra dibenarkan pulang.

Iklan
Iklan

"Lima pusat kuarantin yang dibuka itu ialah di IAB, Jitra; Pusat Latihan Agensi Anti Dadah, Sungai Petani; Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan Wilayah Utara, Alor Setar; Hotel Star City, Alor Setar dan Hotel Seri Malaysia, Alor Setar.

"Kesemua individu yang dikuarantin ini datang dari luar Kedah yang diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari sebagai langkah untuk mengelakkan daripada berlakunya penularan wabak Covid-19. Secara keseluruhannya, hari beroperasi bagi semua pusat kuarantin ini adalah selama 47 hari," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Iklan
Adnan Abd Wahab, bersama isteri Nur Izyani Johari, dan tujuh anak, yang berumur antara satu hingga 13 tahun, keluar dari pusat kuarantin di Hotel Seri Malaysia setelah menjalani kuarantin wajib selama 14 hari selepas pulang dari Thailand. -Foto Bernama

Bagaimanapun, Awang Askandar Ampuan berkata, semua agensi yang berkaitan akan bermesyuarat hari ini bagi menentukan langkah seterusnya dan persediaan sekiranya berlaku gelombang kedua penularan wabak itu di negeri ini.

"Saya rasa pusat kuarantin di negeri ini tidak akan ditutup sepenuhnya dan mungkin beberapa pusat yang sesuai akan dipilih selepas menilai situasi Covid-19 di Kedah dan negeri-negeri lain dalam mesyuarat hari ini," katanya.

Iklan

Sementara itu, Nur Izyani Johari, 34, yang berasal dari Jalan Langgar di sini berkata dia dan suami Adnan Abd Wahab, 45, serta tujuh orang anak yang berumur antara satu hingga 13 tahun telah menjalani kuarantin wajib di Hotel Seri Malaysia selama 14 hari selepas pulang dari Thailand.

"Kami sekeluarga pulang ke kampung suami di Thailand sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lagi dan apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan pelaksanaan PKP, kami tidak boleh pulang kerana pintu sempadan telah ditutup dan apabila dibenarkan pulang ke sini, kami menjalani kuarantin wajib di hotel ini.

"Kalau diikutkan, memang tidak bebas kerana hanya berada di sini tetapi semuanya sempurna dari aspek penjagaan makanan, perkhidmatan dan keperluan. Petugas barisan hadapan sentiasa memberi komitmen yang sangat baik, jadi saya sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas sepanjang kami menjalani kuarantin di sini," katanya. - Bernama