SHAH ALAM - Ulasan netizen terhadap jumlah 30 kes positif koronavirus (Covid-19) yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikaitkan dengan semangat perlawanan bola sepak menarik perhatian ramai.
Pengguna Facebook, Hairi Zaini memuat naik komen,"Jangan terlampau gembira, kita belum menang, kita dah kena belasah separuh masa pertama, separuh masa kedua kita banyak skor...tapi masih kelebihan untuk team 'lawan'.
Komen berkenaan ditulis selepas pengumuman Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai berita gembira berkaitan wabak koronavirus (Covid) tetapi turut mengingatkan negara masih belum menang.
ARTIKEL BERKAITAN - Negara rekod jumlah kes baharu Covid-19 terendah hari ini
"Jangan terlampau gembira semua, kita belum menang, kita sudah kena belasah separuh masa pertama, separuh masa kedua kita banyak skor tapi masih kelebihan untuk pasukan 'lawan'," katanya.
Arie Teh Hassan bersetuju dengan pendapat Hairi Zaini dengan menyifatkan kedudukan 'negara' masih lagi berpihak kepada pasukan lawan.
"Kita perlu cari sekurang-kurangnya untuk berbekal ke pentas akhir. Jadi kita perlu asak habiskan, di mana separuh masa pertama kita diasak oleh pihak lawan iaitu pasukan C 19 (Covid-19).
"Kini kita perlu berhati-hati untuk separuh masa kedua dan untuk mencapai matlamat ke pentas akhir, sama-sama kita awasi pihak lawan... kita boleh!!! kita menang...," ulasnya.
Membaca ulasan mereka, Iris Joe dalam nada gurau turut menulis komen bahawa netizen pasti sudah merindui saat menonton perlawanan bola terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Hamka Shueb juga menulis,"Jangan percaya pada angka, kita dah bebas ke sana ke sini."
Netizen terhibur membaca pelbagai rantaian komen berkenaan dan mendoakan agar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memberi kesedaran kepada individu serta bertanggungjawab pada diri sendiri bagi membendung Covid-19.
Dalam pada itu, Mohdesham bersyukur dan berharap netizen terus berdoa supaya angka lebih rendah pada hari seterusnya.