Covid-19: Kes kematian di Indonesia terus meningkat

Iklan
Catatan kematian akibat koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat kepada 895 kes, dengan kes positif virus itu kini berjumlah 12,438 kes.

JAKARTA - Catatan kematian akibat koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat kepada 895 kes, dengan kes positif virus itu kini berjumlah 12,438 kes.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, 23 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

Iklan
Iklan

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, berlaku tambahan kes positif baharu iaitu 367 kes menjadikan kes positif kini meningkat kepada 12,438 kes," katanya.

Achmad Yurianto berkata, 26,932 pesakit masih lagi berada dalam pengawasan virus itu, manakala mereka yang sembuh kini berjumlah 2,317 orang.

Iklan
Iklan

Provinsi Jakarta mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 414 kes diikuti Jawa Timur (123), Jawa Tengah (90) dan selebihnya di wilayah lain Indonesia. - Bernama