Kes Covid-19 di India cecah hampir 50,000

Iklan
Kes koronavirus (Covid-19) di India pada Rabu meningkat kepada hampir 50,000 menyaksikan negeri barat Gujarat dan Maharashtra antara paling teruk terjejas. FOTO: AP

NEW DELHI - Kes koronavirus (Covid-19) di India pada Rabu meningkat kepada hampir 50,000 menyaksikan negeri barat Gujarat dan Maharashtra antara paling teruk terjejas.

Angka korban pula mencecah kira-kira 1,700 orang.

Iklan
Iklan

Satu pertiga kes direkodkan di Maharashtra, diikuti lebih 6,000 kes di Gujarat.

Sementara di New Delhi jumlah jangkitan melebihi 5,000, di Tamil Nadu lebih 4,000 dan Uttar Pradesh kira-kira 3,000 kes.

Iklan

Madhya Pradesh dan Rajasthan masing-masing merekodkan lebih 3,000 kes.

India masih di bawah perintah sekatan pergerakan dan sedang berusaha menangani kesan dihadapi pekerja bergaji hari dan buruh kasar.

Iklan

Ribuan pekerja migran yang kehilangan sumber pendapatan melakukan demonstrasi di beberapa bandar, menuntut perkhidmatan pengangkutan kembali beroperasi.

India juga berdepan kemelut apabila banyak perniagaan mengalami kerugian dan berlakunya masalah rantaian bekalan. - Bernama