SEOUL - Tiada tanda pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menjalani prosedur pembedahan jantung ketika beliau ‘hilang’ selama hampir tiga minggu.
Perkara itu dilaporkan agensi berita Yonhap hari ini dan mendakwa Jong-un mengurangkan aktiviti awamnya atas sebab kebimbangan terhadap ancaman Covid-19 walaupun kes wabak itu sifar di Pyongyang.
Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) di Seoul memaklumkan laporan tentang pembedahan yang dilakukan ke atas Jong-un sebagai dakwaan tidak berasas.
"Beliau menjalani tugasnya seperti biasa walaupun tidak tampil di khalayak ramai,” kata anggota jawatankuasa itu, Kim Byung-kee.
Menurut Byung-kee, Jong-un hanya muncul sebanyak 17 kali setakat ini berbanding 50 kali secara purata pada tahun sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menganugerahkan pingat kepada Jong-un atas usahanya memperingati pengorbanan tentera Soviet yang terkorban di Korea Utara ketika Perang Dunia Kedua pada 1941-45. - Agensi