Perancangan mulakan kembali sesi persekolahan

Iklan
Gambar hiasan -Foto Bernama

PEJAM celik, pejam celik sudah tujuh minggu anak-anak di Malaysia tidak ke sekolah sejak cuti pertengahan penggal pertama bermula pada 13 Mac lalu kerana wabak Covid-19.

Bagaimanapun, pembelajaran diteruskan walaupun tidak dapat ke sekolah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac yang kemudian berlanjutan fasa demi fasa.

Iklan
Iklan

Sejak itu anak-anak belajar secara dalam talian, ada yang guna aplikasi persidangan video dan terdapat juga sebahagian guru berkongsi nota melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram.

Kaedah pembelajaran dalam talian dilakukan sudah tentu bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Iklan

Sekarang sudah bulan Mei, kira-kira enam bulan lagi cuti akhir tahun pula bermula. Kalau kita andaikan sekolah dibuka Julai nanti, bermakna anak-anak ada masa dua hingga tiga bulan untuk belajar.

Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Vokasional Malaysia pula mempunyai kira-kira lapan bulan termasuk cuti pertengahan tahun dan cuti pertengahan penggal kedua.

Iklan

Tempoh singkat itu perlu digunakan sebaik-baiknya sebelum peperiksaan meskipun kelak ada kelonggaran untuk menghabiskan silibus.

Yang pasti, ketika ini Kementerian Pendidikan berdepan cabaran untuk merancang. Pelbagai isu tetap akan dibangkitkan ibu bapa pada kemudian hari.

Bagaimanapun, adalah diharapkan pihak kementerian akan dapat memastikan momentum pembelajaran anak-anak tidak akan terganggu jika PKP berpanjangan. Benar bahawa pelajaran mustahak, tetapi bukankah nyawa lebih penting?

Di luar negara, Jerman adalah antara negara terbesar di Eropah yang mengumumkan langkah tentatif untuk membuka semula ekonomi, sosial dan pendidikan selepas wabak Covid-19 termasuk membuka sekolah secara beransur-ansur dengan keutamaan diberikan kepada murid-murid yang akan mengambil peperiksaan.

Selain Jerman, penularan wabak Covid-19 di Korea Selatan yang mereda membuatkan pemerintah negara itu juga akan mula membuka kembali sesi persekolahan minggu depan.