Fasha Sandha manfaat Ramadan bersama keluarga

Iklan
Tahun ini Fasha berbuka, bersahur dan bertarawih di rumah sendiri bersama keluarga termasuk ibu bapanya.

SHAH ALAM - Kehadiran Ramadan disambut dengan suasana yang berbeza buat pelakon Nur Fasha Sandha Hassan atau lebih dikenali dengan nama Fasha Sandha dan suaminya iaitu pelakon Aidil Aziz.

Biarpun bulan Ramadan disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun ini, Fasha tidak melepaskan peluang memanfaatkan awal puasa bersama keluarga.

Iklan
Iklan

Pelakon berusia 36 tahun itu yang biasa menyambut Ramadan di kampungnya berkata, tahun ini beliau reda berbuka, bersahur dan bertarawih di rumah sendiri bersama keluarga termasuk ibu bapanya.

"Syukur Alhamdulillah. First #dudukrumah #stayathome tarawih with family. Rindu ahli keluarga yang lain. Tak dapat bersama keluarga kerana PKP.

Iklan

"Ya ALLAH permudahkan segalanya. One for the album sebagai kenangan untuk 2020. Dalam sejarah kita semua, tiada tarawih di masjid, tiada bazar dan tiada kampung... demi kebaikan,” katanya ketika memuat naik sekeping gambar di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi mengenai amalan penduduk di kawasan kejiranannya yang bertukar-tukar juadah berbuka puasa.

Iklan

Fasha berkata, beliau sering memasak di rumah untuk juadah berbuka puasa dan ia akan diberikan sedikit kepada jiran manakala perkara yang sama turut dilakukan oleh jiran-jirannya di kawasan perumahan itu."Ya ALLAH, nikmatnya hidup ini bila dapat jiran-jiran baik hati. Bila duduk dalam satu kawasan perumahan, kita kena selalu berdamai dengan jiran tetangga, kita rasa happy bila masuk kawasan rumah.

"Seronoknya, rasa macam kat kampung je bertukar-tukar juadah. Syukur sangat dapat jiran-jiran baik,” katanya menerusi catatan di laman sosialnya itu.