HSNZ nafi pesakit perlu bayar kos rawatan RM15,000 sehari

Iklan
Mesej tular mengenai bantuan yang diperlukan bagi menampung kos rawatan seorang pesakit hemofilia.

KUALA TERENGGANU - Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menafikan mesej tular di Facebook yang mendakwa seorang pesakit terpaksa

menanggung kos rawatan RM15,000 sehari bagi menerima rawatan Factor VIII.

Iklan
Iklan

Penafian itu dikeluarkan menerusi kenyataan pihak pengurusan HSNZ di laman Facebook rasmi hospital itu, semalam.

Berdasarkan kenyataan itu, HSNZ memaklumkan pesakit berkenaan mendapat rawatan di hospital itu, namun pihak hospital tidak pernah meminta pesakit untuk membuat bayaran rawatan seperti yang didakwa.

Iklan

Selain itu, katanya, kos rawatan yang di tularkan itu juga adalah tidak benar.

Katanya, sekiranya terdapat pertanyaan, ia boleh di kemukakan terus kepada pihak hospital melalui Pegawai Perhubungan Awam HSNZ di talian 09-6212121 sambungan 2948.

Iklan

Sebelum ini, sebuah akaun Facebook menggunakan nama Rilex Brader Hehe memuat naik status meminta orang ramai membantu seorang pesakit yang menghidap penyakit hemofilia.

Mesej tular itu memaklumkan bahawa kos rawatan pesakit berkenaan sebanyak RM15,000 sehari untuk membeli Factor 8 bagi mengawal dan mencegah pendarahan.