Manfaat platform digital, LBS catat jualan RM113 juta

Iklan
Lim Hock San

HASIL memanfaatkan platform dalam talian telah membantu LBS Bina Group Berhad (LBS) meraih RM113 juta jualan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Sri Lim Hock San berkata, dokumen jual beli akan ditandatangani selepas PKP berakhir.

Iklan
Iklan

"Setakat 15 April 2020, LBS telah melakukan penjualan tanpa bil sebanyak RM1.846 bilion, cukup untuk memberikan pendapatan syarikat bagi tempoh dua hingga tiga tahun ke depan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Hock San berkata, sumbangan jualan utama diperoleh daripada dua perbandaran utama, KITA @ Cybersouth dan LBS Alam Perdana di Selangor, termasuklah pembangunan hartanah lain seperti perbandaran Bandar Putera Indah di Johor dan Taman Kinding Flora di Perak turut menyumbang kepada prestasi LBS yang mantap.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menjangkakan pasaran hartanah hanya akan pulih pada 2021.

"Penularan koronavirus (Covid-19) menyebabkan ekonomi global terjejas dan masyarakat mula berbelanja dengan lebih berhati-hati.

Iklan

"Permintaan hartanah mungkin berkurang dan keseluruhan pasaran akan terkesan dalam jangka masa pendek,” katanya.