CELCOM Axiata Berhad mengambil inisiatif menerangi bangunan ibu pejabat korporatnya, @celcom di Petaling Jaya, Selangor dengan cahaya biru sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang memerangi koronavirus (Covid-19).
Inisiatif dikenali sebagai #LightItBlue Malaysia dan global itu bertujuan mewujudkan solidariti dan sokongan sejagat dalam tempoh kini yang membimbangkan.
Iklan
Iklan
Ia bermula dari 30 April hingga 3 Mei lalu dari jam 10 malam hingga subuh.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Idham Nawawi berkata, Celcom mengambil peluang berkenaan untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memerangi virus berkenaan di hospital.
"Selama berbulan-bulan, mereka menghadapi Covid-19 dan mempertaruhkan nyawa untuk menjaga keselamatan kita.
"Kami membawa sokongan solidariti melalui insiatif global #LightItBlue,” katanya.
Jelasnya, pengorbanan mereka memberi harapan bahawa rakyat berani melalui saat getir ini bersama.