Sajian asli di Doubletree Melaka

Iklan
Thien Boon menunjukkan Yee Sang yang ditawarkan dengan harga bermula RM160.

MELAKA TENGAH - Bagi memeriahkan suasana Tahun Baharu Cina, Hotel Doubletree by hilton (Doubletree) Melaka menawarkan sajian asli masyarakat Cina.

Lebih 10 hidangan disediakan untuk pengunjung di bahagian dinamakan 'Makan Kitchen.'

Iklan
Iklan

Cef Bankuet, Tai Thien Boon berkata, pelanggan pelbagai bangsa juga boleh merasai pengalaman itu yang dimulakan dari acara menggaul Yee Sang sehinggalah pencuci mulut juadah masyarakat Baba Nyonya sebagai sentimen juadah di Melaka

"Dapur hotel ini menawarkan pelbagai juadah autentik untuk mengekalkan suasana perayaan, namun dalam masa sama memberikan suntikan unik dengan menggabungkan cita rasa Baba Nyonya.

Iklan

"Acara makan besar tidak akan lengkap tanpa menggaul Yee Sang yang mana keistimewaan di hotel ini menggunakan ikan salmon segar dan sos nyonya," katanya.

Thien Boon berkata, bagi menu utama bufet pihaknya masih mengetengahkan menu wajib antaranya ikan merah kukus gaya klasik bersama sos soya halia, stew ayam dengan buah berangan dan cendawan Cina, mi tarik, seleksi dim sum serta udang mentega kari bijirin.

Doubletree Melaka tidak ketinggalan menawarkan menu menarik termasuk acara Yee Sang sempena Tahun Baharu Cina.

Iklan

"Pelbagai jenis kuih tradisional termasuk kuih nyonya, bebola bijan goreng, biskut tradisional masyarakat Cina, mini Ping-Pie berintikan kacang merah, omochi dan tart telur disediakan untuk pencuci mulut," katanya.

Selain itu, Doubletree turut menawarkan tiga jenis set hidangan bagi acara menggaul Yee Sang iaitu 10 orang dengan harga bermula dari RM160 sehingga RM210.

Manakala promosi sajian bufet makan tengah hari (12 tengah hari sehingga 2.30 petang) Tahun Baharu Cina di Makan Kitchen pula berharga RM109 untuk seorang dewasa dan RM129 bagi bufet makan malam (6.30 petang hingga 10.30 malam) pada 19 Januari ini sehingga 19 Februari depan.

Dalam pada itu, bufet makan malam pada 2 hingga 4 Februari ditawarkan pada harga RM149 untuk setiap dewasa dan bufet minum petang (12.30 tengah hari sehingga 4 petang) pada 5 dan 6 Februari berharga RM99 bagi setiap dewasa.

Potongan harga 50 peratus diberi kepada kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan warga emas.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian 06-222 3333 atau emel MKNZ FB@hilton.com.