Remaja hanyut dibawa arus ketika mandi di Sungai Cerul

Iklan
Usaha mencari mangsa yang lemas dijalankan sehingga jam 9 malam tadi.

KEMAMAN - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama abangnya di Sungai Cerul dekat Felda Cherul, Chukai, di sini petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Muhammad Al-Hadi Samsuri yang beralamat di Kampung Padang Lalang, Felda Neram 1, hanyut dibawa arus ketika mandi-manda di kawasan itu jam 3 petang.

Iklan
Iklan

Abang mangsa cuba membantu menyelamatkan mangsa, namun gagal kerana mangsa telah hilang dibawa arus deras.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, seramai lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama 13 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu serta empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Iklan

"Usaha mengesan dan menyelamat mangsa dilakukan bermula jam 7.30 malam dan dihentikan jam 9 malam.

"Bagaimanapun, setakat ini mangsa masih belum ditemui," katanya.

Iklan