Jalan Pasar Awam Air Itam dibuka hari ini

Iklan
Sebelum ini jalan ke Pasar Awam Air Itam ditutup untuk orang awam ketika pelaksanaan PKP.

GEORGETOWN- Jalan ke Pasar Awam Air Itam yang ditutup untuk orang awam beberapa minggu lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibuka semula hari ini.

Jalan itu akan dibuka pada jam 12 tengah hari sehingga 6 pagi dan akan ditutup pada 6 pagi hingga 12 tengah hari setiap hari.

Iklan
Iklan

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang berkata, dengan pembukaan jalan itu, sebanyak 140 gerai tepi jalan di kawasan pasar tersebut dibenarkan beroperasi secara penggiliran.

Menurutnya, konsep penggiliran itu membolehkan hanya 50 peratus daripada gerai di kawasan tersebut dibuka dalam satu masa.

Iklan

"Gerai-gerai yang dibenarkan beroperasi akan dibuka secara bergilir-gilir pada setiap hari iaitu sebanyak 50 peratus. Contohnya 70 gerai A dibuka pada hari ini manakala 70 gerai B akan dibuka pada keesokan hari.

"Jalan ini akan ditutup ketika pasar beroperasi dan akan dibuka semula selepas pasar ditutup. Ia bagi mengelak orang ramai bersesak di kawasan pasar dan sekitarnya," katanya ketika ditemui di Jalan Air Itam, di sini, hari ini.

Iklan
Pasar Awan Air Itam merupakan salah satu hot spot ketika PKP dilaksanakan sejak Mac lalu.

Tambahnya, gerai di tepi jalan di Pasar Awam Jelutong, Jalan Perak dan Pulau Tikus turut dibenarkan beroperasi melalui kaedah penggiliran yang sama.

Katanya, peniaga yang dibenarkan beroperasi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang memohon polis untuk mempertimbangkan waktu kawalan di jalan masuk ke Pasar Awam Air Itam daripada 24 jam ketika ini kepada tujuh jam bermula 6 pagi hingga 1 tengah hari.

Beliau berkata, perkara itu bagi mengambil kira nasib 140 penjaja di pasar awam tersebut yang telah kehilangan mata pencarian sejak PKP dilaksanakan.

Sebelum ini, jalan untuk ke Pasar Awam Air Itam di sini ditutup untuk orang awam bagi mengawal jumlah kehadiran pembeli ke kawasan tersebut.

Langkah tersebut terpaksa diambil berikutan kawasan tersebut tidak menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dalam pematuhan PKP.

Selain jalan ditutup, semua gerai di tepi jalan di pasar itu juga tidak dibenarkan beroperasi bagi mengawal penjarakkan sosial.