Indonesia catat 12,776 kes Covid-19, 930 kematian

Iklan
Petugas kesihatan mengusung seorang pesakit disyaki dijangkiti Covid-19 di Hospital Suradadi. - Foto Reuters

JAKARTA - Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 12,776 kes, dengan jumlah kematian kini sebanyak 930 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, sebanyak 35 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

Iklan
Iklan

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, tambahan kes positif baharu ialah sebanyak 338 kes, menjadikan kes positif kini meningkat kepada 12,776 kes," katanya.

Achmad Yurianto berkata, sebanyak 28,508 pesakit masih lagi berada dalam pengawasan Covid-19, manakala mereka yang sembuh kini berjumlah 2,381 orang.

Iklan
Iklan

Provinsi Jakarta mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 423 kes, diikuti Jawa Timur (133), Jawa Tengah (90) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.- Bernama