Malaysia belum masuk fasa 'exit strategy'

Iklan
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Malaysia setakat ini masih belum memasuki fasa pelan pasca krisis wabak koronavirus (Covid-19) atau 'exit strategy'.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia disebabkan negara masih mencatatkan rekod kes baharu dua angka.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, buat masa ini kerajaan hanya melaksanakan satu kelonggaran iaitu menerusi sektor ekonomi tetapi kawalan sempadan masih diperketatkan.

Menurutnya, Malaysia juga mengamalkan tindakan-tindakan lain yang digariskan di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Iklan

"Cuma kita masih belum memasuki fasa 'exit strategy' dan masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Bagaimanapun kita akan memantau perkembangan dalam tempoh dua minggu lagi, sama ada dapat mengawal penularan jangkitan wabak ini atau tidak" katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di Kementeriannya hari ini.

Iklan

Beliau berkata, sekiranya kerajaan berjaya mengawal penularan jangkitan Covid-19 dengan baik iaitu masih pada kadar dua angka atau kes semakin menurun, pembukaan lebih banyak sektor lain akan dipertimbangkan.

"Mungkin kita akan buka sedikit demi sedikit sektor- sektor lain sebelum ambil tindakan untuk melakukan 'exit strategy' secara terus.

"Bagaimanapun ia masih dalam perancangan dan apa yang lebih penting untuk terus membuat pemantauan dengan berhati-hati," katanya.

Dalam pada itu, Noor Hisham turut memberi jaminan bahawa kes jangkitan Covid-19 di Malaysia masih terkawal buat masa sekarang.