Petugas Majlis Daerah Lipis dikhuatiri lemas

Iklan
Operasi SAR mangsa di tempat kejadian hari ini. - Foto Ihsan Polis

LIPIS - Seorang petugas Majlis Daerah Lipis (MDL) dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Jelai dekat Tanjung Jati Kuala Lipis di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Asri Sallih, 46 dari Kampung Tanjung Lipis masih belum ditemui selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada jam 7 petang tadi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan polis mendapati mangsa tergelincir dan jatuh ke dalam sungai tersebut ketika membuang air dalam yang terdapat di dalam bot tersebut.

Operasi SAR mangsa di tempat kejadian hari ini. - Foto Ihsan Polis
Iklan

"Operasi SAR membabitkan lima pegawai, 27 anggota daripada pelbagai agensi iaitu polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan dibantu seramai 15 penduduk kampung.

Iklan

"Operasi dihentikan pada jam 7 petang tadi kerana keadaan cuaca gelap dan disambung esok," katanya dalam satu kenyataan.