Rentas negeri guna pengangkutan awam, motosikal dibenarkan

Iklan
Laporan Sinar Harian 5 Mei lalu.

KUALA LUMPUR - Pergerakan antara negeri menggunakan pengangkutan awam darat dan motosikal kini dibenarkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, untuk itu pengangkutan awam darat perlulah mempunyai permit sah daripada pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

"Orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam darat atau penunggang motosikal hendaklah mendapatkan kelulusan pergerakan antara negeri daripada polis melalui aplikasi Gerak Malaysia atau secara manual dari balai polis berhampiran.

"Kebenaran pergerakan antara negeri ini hanyalah untuk orang ramai yang terkandas di kampung yang ingin untuk kembali ke kediaman masing-masing atau mereka yang pergi dan balik bekerja sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Rentas negeri tidak dibenar guna bas ekspres, motosikal

PDRM laksana kajian benarkan bas ekspres beroperasi

Iklan

Pergerakan antara negeri bermula hari ini hingga 10 Mei dimulai dengan Kuala Lumpur diikuti pergerakan pulang dari Perak, Johor dan Kelantan esok, manakala Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang (Sabtu) dan Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu (Ahad).

Katanya, pemerhatian dan kajian di sepanjang lebuh raya dan jalan persekutuan hari ini mendapati pergerakan kenderaan berjalan lancar.

Sehingga semalam, sebanyak 143,516 permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia diluluskan oleh PDRM bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri.

"Orang ramai diingatkan agar sentiasa menjaga keselamatan diri serta mengamalkan penjarakan sosial sepanjang masa," katanya. - Bernama