Kediaman milik bekas timbalan menteri terbakar

Iklan

KUCHING - Kediaman milik bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen di Jalan Nyiur di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.54 petang pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dan Batu Lintang bergegas ke rumah Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak itu.

Iklan
Iklan

"Komander operasi melaporkan kebakaran sebuah rumah dua tingkat jenis kekal terbakar di bahagian atas bangunan melibatkan sebuah bilik bacaan di tingkat atas rumah terbabit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ling Hii berkata, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal dan memadamkan kebakaran itu.

Iklan

"Kebakaran itu mengakibatkan bilik terbabit terbakar 20 peratus, di mana semasa kejadian terdapat lima mangsa iaitu dua lelaki dan tiga wanita berada di dalam kediaman itu.

"Kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa manakala punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Iklan

Difahamkan, Chieng Jen berada di rumah berkenaan semasa kejadian dan beliau belum membuat sebarang komen mengenai insiden terbabit, serta usaha Bernama untuk mendapatkan reaksi daripadanya, juga tidak berjaya. - Bernama