Pokok durian, cempedak, petai orang punya selamba ditebang

Iklan
Serpihan kayu ditinggalkan dalam kebun mangsa.

SUNGAI PETANI - Rakus dan tidak berperikemanusiaan. Itulah yang boleh digambarkan terhadap individu yang sanggup menceroboh ke kawasan kebun milik orang lain sebelum menebang pokok cempedak, durian dan petai tanpa kebenaran.

Faizul Ikhwan Fadzil, 26, berkata, dia hanya menyedari kejadian apabila ternampak sisa batang pokok yang ditinggalkan penceroboh sebaik sahaja masuk ke kebun miliknya dekat Bukit H, Tikam Batu, petang tadi.

Iklan
Iklan

"Dah lama tak mai kebun sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ni bila masuk tengok, pokok cempedak, durian dan petai yang tengah berbuah habis kena tebang.

Suspek meninggalkan batang pokok yang ditebang dalam kebun milik mangsa.

"Saya syak depa mungkin ambil madu kelulut yang bersarang di batang pokok sehingga sanggup melakukan pembalakan haram dan tinggal sisa batang pokok dalam kebun,"katanya.

Iklan

Menurutnya, sebelum ini dia hanya mendengar cerita kawan-kawan tentang pencerobohan di kawasan berdekatan, namun tidak menyangka, kali ini kebunnya pula jadi mangsa.

"Saya mengharapkan penceroboh dikenakan tindakan tegas bagi memastikan tiada lagi kejadian sama berulang," katanya.

Iklan

Katanya, laporan polis tentang perkara itu telah dibuat Balai Polis Tikam Batu kira-kira jam 5 petang tadi.