PELAKON Nabila Huda meluahkan isi hatinya yang bersedih di atas pemergian neneknya yang meninggal dunia pada 6 Mei lalu menerusi hantaran di Instagramnya.
Nabila Huda Suhaimi, 36, berkata, pemergian tersebut merupakan kehilangan yang tidak dapat dibayangkannya kerana dia telah dibesarkan oleh neneknya itu dan arwah adalah nenek sebelah ibunya, Faridah Fadzi.
"Hari ini, Abil nak luah perasaan dengan kamu semua. Dalam hidup kita mesti ada perkara yang paling kita takut. Macam Abil, Abil paling takut dengan kehilangan. Abil tak pernah melalui kehilangan dalam hidup.
"Tapi hari ini, Abil kehilangan nenek Abil. Dia pergi jam 7 tadi. Dia lah nenek yang jaga dan membesarkan Abil dari kecil. Nenek dah tiada. Perkara yang paling Abil takut dalam hidup terjadi hari ini," tulisnya.
Menerusi hantaran yang sama, Nabila Huda menyatakan dirinya sangat terkesan dengan perkara tersebut sehingga mengalami sakit dada.
"Dada rasa sakit macam perasaan tak lepas. Abil tengah cuba untuk memahami keadaan ni," katanya.
Hantaran berkenaan telah dibanjiri komen daripada rakan artis dan juga pengikut Nabila Huda yang menitipkan doa untuk arwah.
"Takziah kepada awak dan keluarga. Semoga ALLAH tempatkan arwah dalam kalangan orang yang dikasihi-Nya," komen Anis Nabilah.
"Salam takziah Abil, awak mesti kuat!" komen Zaharz Bubu.