TEHRAN - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dalam gempa bumi bermagnitud 5.1 pada skala Richter yang melanda bandar Damavand, 69 kilometer timur Tehran, kira-kira 00:48 waktu tempatan Jumaat (GMT 2018 Khamis), lapor agensi berita Xinhua.
Mangsa yang meninggal dunia itu seorang lelaki berusia 60 tahun dan 11 lagi dilaporkan cedera.