BANDAR SERI BEGAWAN- Kementerian Kesihatan Brunei memperkenalkan kaedah baharu bagi mengesan pergerakan dan lokasi individu yang perlu dikuarantin dengan cara memakaikan mereka gelang tangan khas.
Memetik laporan Pelita Brunei, gelang tangan (iMSafe) tersebut dilengkapi sistem pemantauan IOT real-time monitoring and tracking bagi mengesan lokasi pemakai.
Iklan
Iklan
Hal ini bersesuaian dengan undang-undang negara berkenaan iaitu Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.
"Sistem iMSafe ini bukan sahaja membolehkan Kementerian Kesihatan dan Pasukan Polis Diraja Brunei memantau dan mengesan mereka di bawah perintah kuarantin, malah ia juga akan membantu dalam kepatuhan orang ramai, khususnya para pengguna gelang tangan iMSafe terhadap arahan tersebut," tulisnya.
Ia juga mempunyai beberapa ciri seperti paparan yang mempamerkan nama-nama dan lokasi mereka yang ditempatkan di bawah perintah kuarantin, laporan dan status pengguna gelang tangan iMSafe serta sistem amaran.
Gelang tangan iMSafe mempunyai cip pengesan bluetooth serta kod QR tersendiri dan ia akan diaktifkan setelah pemakai tiba di tempat tinggal atau tempat kuarantin.