Pulau Pinang belum putuskan boleh makan dalam kedai
Iklan
Kon Yeow (dua dari kanan) membuat lawatan di Pasaraya Gurney Paragon sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Pulau Pinang tadi.
GEORGETOWN- Kerajaan Pulau Pinang belum memutuskan untuk membenarkan pelanggan menikmati makanan di kedai makan (dine-in) walaupun Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang fasa ketiga pada 13 Mei ini.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu belum dimuktamadkan namun akan dibincangkan dan diteliti sebelum pengumuman dibuat.
Iklan
Iklan
Menurutnya, selain kedai makan, kerajaan negeri juga akan memperhalusi operasi kedai gunting rambut di Pulau Pinang.
"Kita akan teliti mengenai dua perkara ini iaitu orang ramai dibenarkan makan di kedai makanan dan kedai gunting dibenar beroperasi semula walaupun selepas 13 Mei ini iaitu fasa pembukaan.
Iklan
"Saya percaya, sampai masa, kedua-dua sektor ini akan dibenarkan beroperasi seperti biasa. Kita akan bincang dan memuktamadkannya sebelum diumumkan nanti," katanya kepada media selepas membuat lawatan di Pasar Raya Gurney Paragon di sini tadi.
Lawatan itu merupakan rangkaian lawatannya sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Pulau Pinang bermula hari ini.
Iklan
Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, sektor ekonomi Pulau Pinang memerlukan satu tempoh masa sebelum pelan pemulihan memberi kesan kepada pasaran susulan impak penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Tambahnya, beliau menjangka satu tempoh masa diperlukan, terpulang kepada penyesuaian perniagaan dan pelanggan, sebelum pelan pemulihan dapat memberi kesan.
"Ahli perniagaan dan pekedai perlu mengambil kesempatan ini untuk melihat cara-cara dan kaedah untuk memastikan perniagaan mereka mampan dan berdaya tahan dalam mengharungi cabaran ini.
"Ini merupakan masa untuk semua perniagaan menerokai perniagaan baharu supaya dapat menangani keadaan ekonomi yang tidak menentu ini," katanya.
Sementara itu, Pengarah Gurney Paragon, Fong Yin Sian berkata, semua pekedai di pasar raya itu bersedia untuk mula operasi hari ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Menurutnya, hampir 90 peratus pekedai mula beroperasi dengan mematuhi SOP antaranya menghadkan pelanggan dalam kedai, menjaga penjarakan sosial dan pelanggan perlu memakai topeng muka.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam