SANDAKAN - Seorang kontraktor direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengemukakan penyata bank palsu untuk mendapatkan tender pembekalan makanan bermasak asrama sebuah sekolah di Beluran bernilai RM2.2 juta pada 2016.
Pendaftar Mahkamah Majistret Rosmaini Osman membenarkan permohonan Penolong Kanan Penguasa SPRM Shuhaimi Abd Manaf untuk menahan reman lelaki berusia 52 tahun itu sehingga 24 Januari ini.