Covid-19: 68 kes baharu, tiada kematian direkodkan

Iklan
Dr Noor Hisham - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Jumlah kes positif wabak koronavirus (Covid-19) di Malaysia kekal dua digit apabila sebanyak 68 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan kumulatif kes sebanyak 6,535.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 68 kes baharu itu, empat kes adalah kes import manakala selebihnya penularan tempatan.

Iklan
Iklan

"Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 64 kes di mana sebanyak tiga kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Sehingga kini, seramai 18 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tujuh (7) kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Iklan

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan tiada kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.

Katanya, ia menjadikan kumulatif kes kekal 107 orang sehingga kini.

Iklan

Dalam pada itu, terdapat 88 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah

sebanyak 4,864 kes atau 74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.