Barcelona buka pantai untuk aktiviti riadah

Iklan
Seorang wanita berjoging di sepanjang pantai La Barceoneta yang mula dibuka hari ini. - AFP

BARCELONA - Barcelona hari ini membuka semula pantainya kepada orang ramai bagi aktiviti sukan selepas ia ditutup sepanjang pelaksanaan perintah lockdown akibat pandemik koronavirus (Covid-19) di seluruh Sepanyol pada Mac lalu.

Bagaimanapun, orang ramai hanya dibenarkan berada di kawasan tersebut selama empat jam bermula 6 hingga 10 pagi (waktu tempatan) dan perlu mematuhi peraturan penjarakan sosial.

Iklan
Iklan

Peluang itu digunakan sebaik mungkin dengan ramai penduduk berjoging, berenang dan bermain luncur ombak di sepanjang pantai La Barceloneta.

"Semua aktiviti riadah dilakukan secara individu. Walaupun pantai sudah dibuka, orang ramai tidak boleh bersiar-siar, duduk dan berkelah secara berkumpulan," kata Ahli Majlis Barcelona, Eloi Badia.

Iklan

Sebelum ini, beberapa buah bandar seperti San Sebastian dan Valencia telah membuka kawasan pantai bagi tujuan riadah.

Sejak 14 Mac lalu, kira-kira 47 juta penduduk menjalani kehidupan di bawah peraturan lockdown yang drastik, namun sekatan mula ditarik balik secara berperingkat sejak dua minggu lalu.

Iklan

Secara keseluruhan, Sepanyol muncul antara negara paling terjejas Covid-19 di dunia dengan merekodkan 221,447 kes jangkitan dengan 26,070 kematian. - AFP