Zaiton Sameon rindu berbuka puasa dengan anak

Iklan
Gambar kenangan Zaiton bersama anak tunggalnya, Allahyarham Azirwan.

KUALA LUMPUR - Setiap kali tibanya Ramadan, sajian ketam masak sambal pasti menjadi pilihan anak kesayangan pelantun lagu Menaruh Harapan, Zaiton Sameon ketika berbuka puasa.

Kenangan bersama anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar akan menjadi memori paling indah buat Zaiton selepas diberikan anugerah cahaya mata sebelum Azirwan kembali kepada Sang Pencipta.

Iklan
Iklan

"Saya terlalu rindu dekat dia (Azirwan). Ibu mana yang tidak rindu lebih-lebih lagi bila tibanya bulan Ramadan atau hari raya, kita sebagai ibu pasti akan masak sedap-sedap untuk anak.

"Kalau berpuasa dia akan minta saya masak lauk kegemarannya macam ketam masak sambal dan dia suka masakan pedas-pedas yang ada sambal.

Iklan
Walaupun sudah 30 tahun Allahyarham Azirwan meninggalkan Zaiton bersendirian, titipan doa dan kerinduan buat arwah terus dikirimkan setiap kali dia sujud menyembah Ilahi.

"Setiap kali selepas solat, saya sentiasa titipkan doa buat arwah. (Azirwan). Semoga kami dapat bertemu di syurga nanti,” katanya.

Berkongsi kisah hidupnya, penyandang Juara Lagu 1987 itu berkata, dia terbabit dalam kemalangan ngeri di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali, Selangor pada 21 Februari 1990.

Iklan
Zaiton

Pengalaman pahit itu tersemat dalam ingatannya apabila tragedi itu telah meragut nyawa anak tunggalnya, Azirwan yang ketika itu berusia 13 tahun.

Dalam kemalangan tersebut, van yang dinaiki mereka telah dilanggar oleh lori. Kemalangan itu turut meragut nyawa pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari.

Zaiton berkata, kesan daripada detik hitam itu dia mengalami gangguan emosi selama 11 tahun bermula Februari 1990 hingga Julai 2001.

"Selepas kemalangan itu, saya mengalami tekanan dan trauma sehingga mengambil keputusan untuk menyendiri daripada aktif dalam industri hiburan.

"Sepanjang 11 tahun menyendiri, berkat doa dan semangat kawan-kawan serta orang terdekat, saya mempunyai kekuatan untuk bangkit,” katanya yang mengambil keputusan berhijab pada Jun 2015.

Selepas ingatan beliau pulih, Zaiton kembali aktif dalam karier seninya pada tahun 2001 dengan membuat kemunculan semula menerusi album Kami Bersamamu Zaiton Sameon.

Zaiton yang kini berusia 63 tahun masih aktif menyanyi bagi memenuhi undangan bukan sahaja di Malaysia, malah di negara jiran Singapura dan Indonesia.

Selain itu, Zaiton turut menceburi bidang perniagaan dengan menghasilkan produk air tangannya, Rendang Nasib daripada Dapur Zaiton Sameon.