[LAPORAN KHAS] Kaji selidik MAH dedah 50 peratus hotel timbang langkah penutupan

Iklan
Hotel-hotel di Malaysia diramal tidak merekodkan sebarang keuntungan dengan jumlah penghunian di hotel mencatat paras kurang daripada 40 peratus.

SHAH ALAM - Mengikut perancangan, tahun 2020 sepatutnya menjadi Tahun Melawat Malaysia yang bakal menarik jutaan pelancong dan melonjakkan ekonomi negara.

Namun, rancangan manusia itu rupanya dibadai teruk Covid-19 apabila sektor perhotelan negara dijangka kerugian kira-kira RM6.3 bilion pada tahun ini disebabkan pandemik Covid-19 yang melumpuhkan ekonomi dunia.

Iklan
Iklan

Menurut Persatuan Hotel Malaysia (MAH), hotel-hotel di Malaysia diramal tidak merekodkan sebarang keuntungan dengan jumlah penghunian di hotel mencatat paras kurang daripada 40 peratus.

"Ini bermakna pihak hotel terpaksa menanggung kerugian dari bulan Mac hingga ke penghujung tahun ini dan situasi tersebut berkemungkinan berlanjutan hingga ke tahun 2021,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MAH, Yap Lip Seng kepada Sinar Harian semalam.

Iklan
Yap Lip Seng

Tahun lalu, sejumlah 26.1 juta pelancong mengunjungi Malaysia dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan bernilai RM86.14 bilion, namun pada tahun ini situasinya jauh berbeza.

Virus Covid-19 mengakibatkan kebanyakan negara di dunia termasuk Malaysia mengambil langkah sekatan perjalanan dan menutup sempadan bagi mengekang penularan pembunuh tidak kelihatan itu.

Iklan

Ramai pengusaha hotel kini berdepan kesukaran mengekalkan operasi, lebih malang lagi ada yang terpaksa akur dengan situasi mendesak dan menutup operasi mereka.

Lip Seng berkata, survei MAH terhadap 324 pengendali dan pemilik hotel di seluruh negara mendapati 50 peratus mempertimbangkan langkah penutupan hotel.

"Sebanyak 15 peratus daripada jumlah tersebut mahu menutup sepenuhnya operasi manakala 35 peratus lagi tutup sementara.

"Sementara itu, 50 peratus lagi tidak mempunyai perancangan untuk menutup operasi hotel,” katanya.

Survei MAH itu turut mendapati 20 peratus pekerja sektor perhotelan menerima pemotongan gaji, 26 peratus diarah bercuti tanpa gaji sementara enam peratus lagi terpaksa diberhentikan kerja.

Situasi tersebut menunjukkan betapa nazaknya sektor perhotelan negara dan sesuatu harus segera dilakukan bagi menyelamatkan industri ini.

ARTIKEL BERKAITAN [LAPORAN KHAS] Covid-19 ‘kapankan’ hotel-hotel Malaysia