[LAPORAN KHAS] Pengurus besar hotel hilang kerja sebelum PKP

Iklan
Abdul Razak hilang mata pencarian selepas kehadiran pelancong di hotel mula berkurangan ekoran wabak Covid-19.

SHAH ALAM - Seorang bekas pengurus besar hotel, Abdul Razak Ismail mengakui impak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) paling memberi kesan terhadap hotel-hotel besar yang mempunyai jumlah pekerja lebih 100 orang.

Abdul Razak, 56, mendedahkan beliau sendiri kehilangan pekerjaan di Ritz Garden Hotel, Manjung, Perak sejak Februari lalu sebelum PKP fasa satu dikuatkuasakan lagi.

Iklan
Iklan

"Saya diberhentikan sebab perniagaan hotel sebelum PKP lagi memang sudah terjejas kerana kekurangan pelancong sejak awal tahun. Ketika PKP, lagilah kami terkesan sehingga terpaksa tutup sementara operasi hotel.

"Saya berhenti disebabkan pengarah hotel sendiri mengambil alih tugas menguruskan hotel untuk mengurangkan kos gaji pekerja,” kata Abdul Razak yang kini terkandas di rumah anaknya di Shah Alam akibat PKP.

Iklan

Katanya, hotel-hotel besar yang mempunyai lebih 100 pekerja bergelut teruk dalam meneruskan operasi kerana tidak dapat menampung kos gaji pekerja.

"Malah ada pekerja hotel yang terpaksa bercuti tanpa gaji sekurang-kurangnya tiga bulan dan ada pekerja yang hanya dibayar separuh gaji,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Abdul Razak memaklumkan selepas menutup operasi selama hampir dua bulan, Ritz Garden Hotel Manjung kini sudah dibuka semula sejak 4 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN [LAPORAN KHAS] Covid-19 ‘kapankan’ hotel-hotel Malaysia