Isteri MB Selangor kongsi resipi nasi Arab

Iklan
Masdiana menunjukkan nasi arab yang menjadi kegemaran anak-anaknya.

SHAH ALAM - Isteri kepada Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad berusaha belajar memasak nasi Arab mandy ayam selepas mendapati anak-anaknya gemar makanan tersebut.

Masdiana berkata, sebelum ini anak-anak beliau tidak suka variasi nasi selain nasi putih tetapi selepas menikmati hidangan nasi Arab di sebuah restoran, hidangan tersebut ternyata membuka selera mereka.

Iklan
Iklan

Susulan itu, beliau mencari resipi masa-kan tersebut di internet, selain melihat cara-cara orang Arab menyediakan menu tersebut setiap kali beliau menunaikan umrah.

"Ada beberapa resipi yang saya cuba dan satu daripadanya saya gunakan sehingga sekarang, cuma bahan-bahannya saya ubah sedikit mengikut cita rasa.

Iklan

"Memang rumit ketika mula-mula buat hidangan tersebut tetapi selepas mahir, saya rasa nasi Arab lagi mudah untuk disediakan dan tak perlu banyak lauk, hanya ayam atau kambing bakar,” kata isteri kepada Datuk Seri Amirudin Shari ini.

Hidangan nasi arab jadi pilihan.

NASI ARAB MANDY AYAM

Iklan

BAHAN A (REBUSAN AYAM)

- Seekor ayam saiz sederhana dipotong empat bahagian

- 2 inci halia diketuk

- 1/2 sudu kecil serbuk zaffran atau serbuk kunyit

- 1 sudu kecil lada hitam dan jintan putih

- 1/2 sudu kecil buah pelaga dan cengkih

- 2 helai daun bay

- Garam

- 5 cawan air

CARA MENYEDIAKAN

- Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan-bahan A. Kemudian angkat dan toskan ayam.

- Tapiskan air rebusan ayam untuk memasak nasi.

- Ayam yang direbus digunakan untuk membuat ayam panggang.

BAHAN B (NASI)

- 3 cawan beras basmathi (rendam 30 minit)

- 4 1/2 cawan air rebusan ayam

- Garam

- Sedikit zaffran atau pewarna kuning

BAHAN C (TUMIS)

- 3 sudu minyak zaitun/sapi

- 5 kuntum bunga cengkih

- 3 biji buah pelaga

- 5 ulas bawang merah (dimayang halus)

- 3 ulas bawang putih (dimayang halus)

CARA MENYEDIAKAN

- Beras direndam selama 30 minit. Kemudian masukkan dalam periuk nasi bersama air rebusan ayam.

- Panaskan minyak zaitun. Masukkan bahan tumis dan goreng sehingga naik bau.

- Tuang ke dalam periuk nasi. Apabila masak masukkan serbuk zaffran.